.

SIJIL AKREDITASI MAKMAL M'SIA

[certificate+of+Accreditation.jpg]

H O M E

HOVID MARKETING SDN BHD (No. Syarikat 457587-X, AJL 931582)

Merupakan Sebuah Subsidiari milik penuh Hovid Bhd. Ia memasarkan produk kesihatan dan kesejahteraan menerusi saluran perniagaan pemasaran berangkaian.

Mempunyai 3 Buah Kilang yang bertaraf GMP dan mengikut segala amalan berkaitan dengan produk farmaseutikalnya menurut piawaian-piawaian PIC/S' dan Amalan Baik Makmal.

[kilang.jpg]

[dsl_cert01.gif]

Lesen

Akta Jualan Langsung

[certificate+of+Accreditation.jpg]

Sijil

Akreditasi Makmal M’sia

Sijil

HALAL M'sia

Syarikat Pertama dalam Industri Farmaseutikal di Malaysia yang diberi akreditasi bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) pada tahun 1995. Akreditasi ini membuktikan bahawa makmal Hovid Bhd memenuhi syarat-syarat MS ISO/IEC 17025, di mana ia mempunyai keupayaan ujian yang tinggi dan sistem kawalan mutu yang teguh bagi memastikan produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi dan selamat. Dengan erti kata lain, produk-produk Hovid Pure adalah berkualiti dan bertaraf tinggi, dan sentiasa mementingkan keperluan kesihatan para pengguna.

Bahagian Farmaseutikal Kumpulan Hovid mengilang dan memasarkan lebih daripada 300 jenis ubat beretika serta suplemen kesihatan dan diet. Kategori produk Hovid dibahagikan kepada farmaseutikal etika, suplemen diet, suntikan dan produk pengguna.

Barisan produk dan aktiviti utama Kumpulan Hovid termasuk:

  • sistem penyampaian ubat khas, seperti perumusan pembebasan yang telah diubahsuai dan perumusan bio-ketersediaan yang telah ditambah nilainya;
  • produk etika, termasuk analgesik antibiotik, antidiabetik, antihipertensi, antimalaria and antiinflamasi;
  • suplemen diet yang ditambah nilainya;
  • produk pengguna, dan
  • ekstraksi kompleks tokotrienol sawit, kompleks karotenoid campuran dan fitosterol daripada buah kelapa sawit.

Satu Daripada Kekuatan Utama Hovid terletak pada kemampuan penyelidikan dan pembangunannya. Ini boleh dilihat daripada dua divisyen R&Dnya yang terletak di dua lokasi berasingan. Divisyennya di Universiti Sains Malaysia memfokuskan usaha ke arah kajian pra-perumusan dan kemujaraban, ciri-ciri ubat, serta sistem khas penghantaran ubat. Manakala, divisyen yang terletak di kilang pengeluarannya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan lagi proses-proses pengeluaran, serta memperbaiki lagi perumusan produk-produk tersedia ada, dan menghasilkan produk-produk baru.

Kekuatan Lain Hovid dari segi pasaran eksportnya yang meliputi lebih daripada 30 negara di serata dunia. Hovid juga berbangga kerana ia merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan ubat generik Malaysia di luar negara, khasnya di Filipina dan Kemboja. Ia telah berjaya mendaftarkan 500 produk di 26 negara di seluruh dunia.

Carotech, sebuah subsidiari Hovid, mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kompleks tokotrienol spektrum penuh, kompleks karotena campuran, dan fitosterol. Carotech mengeksport ke 27 negara di serata dunia. Carotech Inc, subsidiari milik penuhnya di New Jersey, Amerika Syarikat, bertanggungjawab untuk pemasaran dan pengedaran produk Carotech di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mewakili pasaran terbesar untuk produk Carotech, iaitu 52% daripada jumlah eksport Carotech.

Maklumat Lanjut Syarikat


HOVID MARKETING SDN BHD (457587-X)
( Subsidiari yang dimiliki seluruhnya oleh Hovid Bhd )

64 & 64B, Jalan Leong Sin Nam,
30300
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
No. Lesen : AJL 931582
Laman Web : www.hovidpure.com
e-mail :
info@hovidpure.com

[kempen+-+pe.jpg]

[INSENTIF+1.jpg]

[INSENTIF+2.jpg]

[INSENTIF+3.jpg]

[INSENTIF+4.jpg]


[210.jpg]


P I L I H A N........P A K E J........P R O D U K


ADAKAH ANDA PERNAH TERFIKIR TENTANG PELUANG YANG HEBAT SEPERTI INI SEBELUM INI ??


BANYAK LAGI BONUS YANG MENANTI ANDA !!!


[daftar.gif]

BANTUAN PENDAFTARAN

Untuk menyertai Kempen Usahawan Bestari 2009 ini, sila hubungi :

  • Web Owner : Badri Bin Muhamad
  • Talian Hayat : 012-742 5440
  • Talian Online :

Segala urusan pendaftaran @ pembayaran boleh dilakukan atas nama :

  • Nama Akaun :
  • No Akaun Maybank :
  • Emailkan Bukti Pembayaran anda ke :
  • Smskan Butir Pembayaran - HOVID [nama, jumlah, tarikh, waktu bayaran] ke no handphone di bawah
  • Lengkapkan ‘borang’ di bawah

SMSkan ke 012-742 5440


We Do Not Tolerate With

DAFTAR CEPAT UNTUK MENJADI YANG TERAWAL !!!

LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH JIKA ANDA

INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT @ UNTUK DI HUBUNGI

@ TELAH MEMBUAT BAYARAN @ URUSAN PENDAFTARAN.


SEGALA MAKLUMAT ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. TERIMA KASIH.


KEMPEN USAHAWAN BESTARI

Sempena menyambut sambutan tahun baru 2009, Hovid Marketing Sdn Bhd akan memperkenalkan suatu kempen untuk tempoh 3 bulan mulai dari 15hb Disember 2008 hingga 15hb Mac 2009. Ia merupakan tawaran untuk para pengedar Hovid Pure untuk menaja prospek dengan belian pakej barangan bernilai RM 210, tetapi diberi peluang menikmati pangkat Usahawan Platinum. Semua bonus juga akan dikira berdasarkan pangkat Usahawan Platinum.


Walaubagaimanapun, baki RM 800 akan dipotong melalui bonus bulanan bagi tempoh 3 bulan semasa kempen ini dijalankan (memenuhi sasaran jualan RM1000 untuk pangkat Usahawan Platinum).


Syarat dan Peraturan

1.Semua pengedar baru yang didaftarkan perlu menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan pihak Syarikat melaksanakan potongan bulanan untuk nilai maksima sebanyak RM 800 yang diperlukan untuk memenuhi sasaran jualan untuk pangkat Usahawan Platinum.

2.Produk yang akan dihantar apabila seseorang pengedar baru mendaftar sebagai ahli adalah untuk nilai RM 210 sahaja. Apabila pengedar tersebut mencapai sasaran jualan RM 1,000 secara terkumpul melalui potongan bonus bulanan, baki produk bernilai RM 800 akan dihantar terus kepada pengedar.

3.Pilihan pakej barangan RM 210 terhad kepada pakej–pakej yang ditawarkan sahaja.


Kaedah Pendaftaran

a)Semua pengedar baru perlu mendaftar melalui E-Centre Entrepreneur yang sah sahaja.

b)Para pengedar dinasihatkan meminta nombor keahlian secara serta-merta dari E-Centre Entrepreneur semasa mendaftar.

c)Apabila borang-borang pendaftaran diterima oleh pihak Syarikat, semua produk akan dihantar secara terus kepada para pengedar dalam tempoh 3 hari bekerja.

d)Semua butiran dalam borang pendaftaran haruslah tepat dan betul, terutamanya alamat, nombor talipon dan nombor akaun bank. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan yang dibuat oleh para pengedar semasa proses pendaftaran.

e)Semua borang perlu ditandatangani oleh pengedar. Syarat ini akan diteliti oleh pihak Syarikat sebelum menghantar produk kepada pengedar.

f)Semua bayaran perlu dibuat melalui E-Centre Entrepreneur dan tawaran ini hanya untuk pakej RM 210 sahaja.


Tempoh Tamat Kempen

a)Kempen ini yang akan bermula pada 15hb Disember 2008 dan akan berakhir pada 15hb Mac 2009.

b)Semua pengedar yang memilih tawaran kempeN ini, perlu mencapai sasaran jualan RM 1,000 sebelum tamat tempuh 3 bulan kempen ini dijalankan.

c)Jika seseorang pengedar gagal mencapai sasaran tersebut dalam tempoh 3 bulan yang ditetapkan, pengedar tersebut akan diberi peluang membuat belian “top up” supaya memenuhi baki yang diperlukan bagi mencapai sasaran jualan RM1000.

d)Jika pengedar masih gagal mencapai sasaran tersebut, maka pangkat pengedar akan ditukar kepada pangkat rendah yang sejajar dengan jumlah pencapaian jualan semasa tempoh 3 bulan kempen ini.